2016

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 29 Dec 2016 satu majlis Penyampaian KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) telah disampurnakan dengan jayanya .Ianya telah dirasmikan oleh wakil Ybhg Dato'Sri Muhammad Abdul Ghani.

Dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa.Kemudian ibubapa bergerak ke Dewan Harmoni untuk mendengar taklimat daripada wakil Dato' Seri.Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Nahran,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh PKP Encik Abdul Aziz B Haron.Ibubapa kemudiannya menerima sumbangan KWAPM.Terima kasih diucapkan kepada wakil Dato'Seri dan juga pihak Pengurusan HEM Skkk2 yang diketuai oleh Puan Salihah Bt Zakaria di atas kejayaan menganjurkan program ini dengan jayanya.Juga terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.







Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 17/11/16 Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan UPSR telah berjalan sebagaimana yang dirancang.Tepat jam 11.30 pagi pihak pengurusan Kecemerlangan Akademik Skkk2 yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz B Haron selaku PKP bersama SUP Cik Mazarina Ismail,SUP Dalaman,Puan Nor Diyana Suhaili Bt Ghazali @Ali dan jawatankuasa kecemerlangan Akademik serta guru-guru Tahun 6 telah menyampaikan slip UPSR kepada seramai 133 orang.Seramai 4 orang telah memperolihi 6A,5A - 3 orang,4A-9 orang.Tahniah diucapkan kepada calon yang memperolihi keputusan yang cemerlang.







Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 November 2016 Sambutan Hari kanak-kanak Sedunia telah dilaksanakan dengan jayanya di Skkk2.Sambutan diadakan secara sederhana namun tetap meriah ditambah lagi dengan kehadiran badut yang sedia menghiburkan kanak-kanak di sini.Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan badut dan mengambil bahagian dalam acara pentas.








Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 9 hingga 11 November 2016 satu Perkhemahan badan Uniform Sk Kubang Kerian 2 telah diadakan di padang sekolah.Para peserta terdiri daripada ahli-ahli dari Persatuan Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah,Persatuan Puteri Islam,Persatuan Kadet Remaja Sekolah.Seramai lebih kurang 120 orang peserta yang menjayakan kem ini.Pendaftaran bermula jam 2.30 petang pada hari Rabu dan berakhir pada jam 12.00 tgh hari pada hari Jumaat.

Sk Kubang Kerian 2- 29 Ogos 2016 Solat Hajat Perdana telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang tenang dan harmoni.Ibubapa,guru dan murid-murid Tahun 6 menunaikan solat hajat berjemaah beramai-ramai di dewan terbuka Skkk2 bagi memohon restu daripada Allah Azzawajalla agar memberkati anak-anak didik di Skkk2 dalam menhgadapi peperiksaan nanti.

Majlis Restu Ilmu dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman,kemudian dikuti dengan ucapan PKP En Abdul Aziz Haron.Tuan PKP telah mewakili para guru semua dalam memberi ucapan dan menghalalkan segala ilmu yang diperturunkan kepada anak-anak didik.Kemudian dikuti dengan Ketua Panitia setiap mata elajaran berucap meminta maaf daripada anak-anak didik jika terdapat kesilpan selama mengajar dan jika terdapat kekurangan di mana-mana jua seperti terlewat masuk kelas,memarahi murid-murid dan sebagainya.Apa pun semua yang guru-guru lakukan adalah untuk memberi dorongan semangat agar murid-murid lebih baerjaya."SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN" buat semua calon-calon UPSR 2016.Semoga kejayaannya nanti milik kita bersama.
Wakil setiap panitia mata pelajaran.
menkmati hidangan pulut kuning

PKP sedang menyuap pulut kuning kepada calon UPSR








Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.