Latest Post

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 22Feb 16,merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Pk Kokurikulum kami Puan Norazlina bt Abdullah yang sangat kami sayangi di sekolah ini.Belum puas kami  bekerja sepsukan di bawah pimpinan beliau,kini beliau telah meninggalkan kami.Walaupun kami merasa amat sedih bila tiba waktu perpisahan ini,namun kami tetap berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Azlina di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran HEM di Sk.Tegayong,Melor,Kota Bharu.



Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 16.2.16,seramai 3 orang guru dari Skkk2 telah dipilih untuk menyertai Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu.Kesemua peserta  adalah seramai 38 orang guru dari QIT Peringat yang mewakili sekolah masing-masing.Skkk2 telah diwakili oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail b Ibrahim,Setiausaha Kurikulum Puan Haida dan Setiausaha Kecemerlangan,Puan Norhayati.Semoga lawatan ini dapat memberi sesuatu impak yang berguna yang bakal dibawa ke sekolah kita nanti.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.