Latest Post

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 15 Mei 2014 Pasukan B,Sk Kubang Kerian 2 muncul juara dalam  Kejohanan Sepak Takraw QIT Peringat 2014.Pasukan sekolah telah mengalahkan 12 buah sekolah dalam QIT Peringat.Naib johan disandang oleh Sk Seribong,manakala tempat ke tiga pula dimenangi oleh Sk.Pasir Hor.Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat pasukan Skkk2 yang menang di gelanggang sekolah sendiri.Sekalung tahniah diucapkan buat jurulattihnya Us.Mohd Azman dan AJK serta PK Ko Skkk2,Puan Hjh Rusnani Bt Deris yang sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan bagi menjayakan sebarang bentuk pertandingan.Tahniah daan syabas sekali lagi diucapkan kepada pasukan Skkk2 serta jawatan kuasa dan krew-krew yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pada hari ini.

gaya yang bersahaja tetapi hebat !!!


Hadiah yang dimenangi...


maddle yang diperolihi hasil dari kemenangan...
Di saat akhir...penuh semangat....
Penyampaian hadiah oleh PKP En Mohd Ariffin b Yaacob


Bergambar kenangan bersama....Johan,naib johan dan tempat ke tiga....

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 11 Mei 2014 Unit HEM Skkk2 telah menyempurnakan majlis Penyampaian Zakat yang berupa basikal kepada pelajar miskin.Sumbangan ini telah diberikan oleh bekas guru Skkk2 yang telah bersara dan tidak mahu namanya disebut.Puan Pk HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty juga telah berkenan menyumbang 2 buah basikal kepada para pelajar yang layak Sebanyak 19 buah basikal diberikan kepada murid-murid dari satu hingga tahun enam yang layak menerima zakat.Penyampaian hadiah dan sumbangan ini disempurnakan oleh PKP En Mohd Ariffin B Yaacob dan PK HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty.Murid-murid yang menerima sumbangan ini begitu teruja dan melahirkan rasa gembira dan terharu dengan pemberian dan sumbangan ini.Semoga dengan pemberian ini,bebanan yang mereka tanggung selama ini akan sedikit sebanyak dapat diringankan.Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada penyumbang yang berhati mulia.semoga rezeki anda diperluaskan lagi oleh Allah Azzawajalla.














Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.