Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Mei 2013,sambutan Hari Guru telah berjaya disambut dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di Dewan Harmoni.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan ucapan wakil murid.Seterusnya diikuti dengan ikrar guru oleh guru-guru Skkk2.Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema dikumandangkan dengan begitu bersemangat sekali.Murid-murid begitu teruja bila mendengar dan menyaksikan sendiri para guru menyanyikan lagu secara beramai-ramai. Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi dan disambung semula dengan persembahan nyanyian guru oleh Puan Norhayati Bt Mohd Nawi yang mendendangkan lagu "Terukir Di Bintang".Murid-murid dari Tahun 5 terbilang telah mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu",diikuti dengan murid-murid Tahun 4,juga mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu".Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan oleh Cikgu Norazimah,Cikgu Zulaidah dan Cikgu Norhayati.Cikgu Syafiq Aiman telah mendeklamasikan sebuah sajak “GURU O GURU” – USMAN AWAN.Seterusnya Cikgu Syafiq Aiman telah mendendangkan lagu "Apo Kono Jang".Beliau telah berduet besama Cikgu Norhayati.Cikgu Mek Yas juga tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan lagu.Beliau telah berduet bersama Cikgu Norhayati.Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa sambutan hari guru yang telah merancang dan menjayakan majlis pada hari ini.Terima kasih juga diucapkan kepada kru-kru yang bekerja di belakang tabir terutamanya Cikgu Azharan ( fotografi),Cikgu Aminudin dan Mohd Nur Misuari (siaraya),Cikgu Roshaimah Bt Deraman( juruacara)dan semua guru yang terlibat dalam sambutan hari guru pada tahun ini.
Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga guru amnya dan guru-guru Skkk2 khususnya.sempena Hari guru ini terimalah sebuah sajak khas buat para guru yang telah menaburkan jasa dan bakti.....Guru sejati adalah seorang murabbi,muallim,muaddib,mursyid dan mudarris.Oleh itu berbanggalah dengan guru-guru anda dan selamat menabur bakti buat guru-guru semua...
SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.