Latest Post

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Mei 2013,sambutan Hari Guru telah berjaya disambut dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di Dewan Harmoni.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan ucapan wakil murid.Seterusnya diikuti dengan ikrar guru oleh guru-guru Skkk2.Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema dikumandangkan dengan begitu bersemangat sekali.Murid-murid begitu teruja bila mendengar dan menyaksikan sendiri para guru menyanyikan lagu secara beramai-ramai.
      Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi dan disambung semula dengan persembahan nyanyian guru oleh Puan Norhayati Bt Mohd Nawi yang mendendangkan lagu "Terukir Di Bintang".Murid-murid dari Tahun 5 terbilang telah mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu",diikuti dengan murid-murid Tahun 4,juga mendendangkan lagu "Terima Kasih Cikgu".Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan oleh Cikgu Norazimah,Cikgu Zulaidah dan Cikgu Norhayati.Cikgu Syafiq Aiman telah mendeklamasikan sebuah sajak  “GURU O GURU” – USMAN AWAN.Seterusnya Cikgu Syafiq Aiman telah mendendangkan lagu "Apo Kono Jang".Beliau telah berduet besama Cikgu Norhayati.Cikgu Mek Yas juga tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan lagu.Beliau telah berduet bersama Cikgu Norhayati.Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa sambutan hari guru yang telah merancang dan menjayakan majlis pada hari ini.Terima kasih juga diucapkan kepada kru-kru yang bekerja di belakang tabir terutamanya Cikgu Azharan ( fotografi),Cikgu Aminudin dan Mohd Nur Misuari (siaraya),Cikgu Roshaimah Bt Deraman( juruacara)dan semua guru yang terlibat dalam sambutan hari guru pada tahun ini.





Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga guru amnya dan guru-guru Skkk2 khususnya.sempena Hari guru ini terimalah sebuah sajak khas buat para guru yang telah menaburkan jasa dan bakti.....Guru sejati adalah seorang murabbi,muallim,muaddib,mursyid dan mudarris.Oleh itu berbanggalah dengan guru-guru anda dan selamat menabur bakti buat guru-guru semua...

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 14 Mei 2013,sesi fotografi diteruskan lagi dengan Tahun 5.sebanyak lima kelas tahun 5 telah berjaya melakar wajah-wajah ceria mereka di lensa kamera kami.jurufoto yang bertugas pada hari ini adalah Encik Azharan B Hussein dan En.Nur Misuari B Ramli,dibantu oleh Puan Wan Ramlah Bt Daud.Sesi fotografi seterusnya akan diteruskan lagi  pada besok hari dengan Tahun 4.
Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakam pada hari ini :
Sesi mengatur kedudukan murid....

Ready semua !!!

Tahun 5 Cemerlang ...Guru kelas - Puan Zainun Bt Ismail

Tahun 5 Gemilang...Guru kelas - Pn Asliza Bt Hasan

Tahun 5 Harapan...Guru Kelas : Pn Nor'in Bt Yusoff

Tahun 5 Sinaran...Guru kelas : Pn Jawahir Bt Hasbullah

Tahun 5 Terbilang...Guru kelas : Pn Roshaimah Bt Deraman

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.