Latest Post

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 31 Januari ,sebagai penutup tirai bulan Januari,satu majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun meriah.Butiran hujan yang turun tidak menghalangi perjalanan majlis ini.Seperti tahun-tahun terdahulu,seawal pagi,murid-murid tahap 2 telah berarak mengelilingi Taman Perumahan sekitar sekolah.Perarakan pada kali ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin dan ustaz Mohd zaki Yaakub.Turut sama dalam perarakan ini adalah Puan PK Kokurikulum,Puan Hjh Rusnani Bt Deris dan beberapa orang ustazah JQAF.Manakala murid tahap 1 berada di Dewan Harmoni.Mereka disajikan dengan tayangan maulidurrasul yang diketuai oleh Tuan Hj.Aminudin B Mohammed dan jawatankuasanya.
            Guru-guru lelaki bersama para pekerja pula sibuk melapah daging dan memasak nasi.Seekor lembu telah ditumbangkan bagi menjamu para murid,guru-guru , pekerja dan juga AJK PIBG.Selesai sahaja berselawat sambil berarak,murid-murid Tahap 2 berhimpun di kantin untuk meneruskan selawat.Mereka kemudiannya di bawa ke dewan untuk mengikuti ceramah maulidurrasul,manakala murid-murid Tahap 1 mengikuti pertandingan mewarna di dalam kelas maing-masing.Jam 12.00 murid-murid sudah dapat menikmati juadah yang selalunya dinanti-nantikan oleh para murid.mereka begitu gembira sekali dapat menikmati juadah yang dimasak sendiri oleh para guru dan pekerja sekolah serta beberapa orang ibubapa.Sekalung penghargaan diucapkan buat jawatankuasa yang menganjur majlis ini,Panita Agama Islam dan JQAF serta jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En Raisnan B Daud yang telah sudi menyumbang seekor lembu,jua kepada JITU Ayam,yang telah menyumbangkan ayam buat juadah kali ini.Semoga Allah memberkati pemberian dan sumbangan daripada anda semua.
Seekor lembu telah berjaya ditumbangkan....
bersedia untuk perarakan....
Perarakan diketuai oleh Ustaz Mohd Azman b Mat Zin...
Antara sepanduk-sepanduk yang dibawa berarak....
Wajah-wajah ceria anak-anak Skkk2 mengalunkan selawat ke atas junjungan besar kita.....
acara dewan sedang berlangsung...


Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 30 Januari 2013 ,Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Skkk2 telah dilaksanakan dalam suasana yang ceria dan penuh semangat.majlis ini melibatkan pemimpin muda Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged Bestari,Pembimbing Rakan Sebaya dan ketua dan penolong ketua kelas.majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Setia DSP Hj Noh B Che Pa selaku Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Bharu ( IPD Kota Bharu).Seperti biasa,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar dan seterusnya ucapan perasmian daripada Yang Setia DSP Hj Noh B Che Pa.Beliau juga turut menyampaikan ceramah disiplin.Majlis ini tidajk lengkap tanpa bacaan ikrar daripada para pemimpin muda.Oleh itu para peminpin muda telah sama-sama membaca ikrar kepimpinan yang diketuai oleh Ketua Murid.Seterusnya pemyampaian watikah dilaksanakan dengan penyerahan watikah kepada semua pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged Bestari,Pembimbing Rakan Sebaya dan ketua dan penolong ketua kelas ini.
 Di akhir sesi Yang Setia DSP Hj Noh B Che Pasempat bergambar kenangan di hadapan motosikal trafiknya bersama Tuan Guru Besar dan juga murid-murid.....
Wakil Yang Setia DSP Hj Noh B Che Pa bersama Puan PK HEM Skkk2...
Ikrar oleh para pemimpin muda yang diketuai oleh Ketua Murid Skkk2
Para guru Skkk2 di dalam majlis...
Ketua Briged Bestari...Mohd Hadif
Penolong Ketua Murid....

Penyampaian watikah.....


Sempat merakam kenangan bersama motor polis...


Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 29 januari 2013,Majlis Penyampaian Bantuan RM 100 ( BRIM) telah selamat dilaksanakan dalam suasana yang agak meriah.Lebih kurang 99 peratus ibubapa hadir dalam majlis ini.Perasmiannya telah dilaksanakan oleh wakil YBHG Dato' Hj Mohd Fauzi B Ismail.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman Mohd Zin,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,seterusnya ucapan wakil PPD Kota Bharu Ustaz Mohd Azizi.Seterusnya wakil YBHG Dato' Hj Mohd Fauzi B Ismail telah berkenan menyampaikan wang bantuan ini kepada semua ibubapa yang hadir.semoga dengan bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para ibubapa.terima kasih diucapkan kepada para pemimpin negara yang telah bermurah hati dan perihatin terhadap keperluan murid-murid sekolah.
pendaftaran ibubapa murid
Para ibubapa sedang khusyuk mendengar ceramah
Ucapan oleh wakil Dato'Fauzi...
Penyampaian BRIM

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.