Latest Post

Sk.Kubang Kerian 2-Unit HEM bersama Unit Kaunseling Skkk2 telah mengadakan satu Kem Kepimpinan Pemimpin Muda yang disertai oleh 218 orang para pemimpin muda sekolah.Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Briged Bestari(ICT) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Program ini berjalan dari 30-31 Oktober bersamaan hari Selasa dan Rabu.
     Hari pertama,majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta di awalnya paginya,diikuti dengan "House Keeping" oleh En.Mohd Zaini Zakaria(Kaunselor Skkk2),Taklimat Perjalanan Kem oleh Tuan Hj.Alisa B Ismail,Ceramah Disiplin Diri dan Tanggungjawab sebagai Pemimpin oleh Encik Omar B Sharifuddin ( SMK Kubang Kerian 2,Kota Bharu Kelantan.Majlis berhenti rehat tepat jam 12.30 tengah hari  hingga 2.00 petang untuk memberi laluan kepada para peserta makan,minum dan solat berjemaah.Program diteruskan jam 2.00 petang dengan slot LDK dan Permainan Kepimpinan bersama fasilitator.majlis ditangguhkan jam 6.00 petang.
     Tentatif pada 31 Oktober 2012 pula dimulakan dengan para peserta berkumpul di Dewan harmoni bersama guru kaunselor Skkk2,En Mohd Zaini,diikuti dengan sesi LDK2.Jam 10.30 ceramah dan perasmian penutup oleh En Yaman B Yacob,Penyelia Kanan HEM,PPD Kota Bahru.Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 hingga 2.00 petang.Seterusnya dari jam 2.00 hingga 4.00 petang semua para peserta solat asar bersama dan pada  jam 4.45 hingga 5.00 petang,majlis ditangguhkan dengan salam wada'.Semoga semua tentatif yang dirancang akan memberi impak yang berguna kepada bakal pemimpin muda Skkk2 bagi sesi 2013.
Tuan Hj Alias sedang memeriksa kedudukan para peserta...

para peserta Kem Kepimpinan dan Motivasi.....
Bincang...  
En omar dalam sesi ceramahnya...

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 29 Oktober 2012,satu sambutan Bulan Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan.Dimulakan dengan perutusan daripada  wakil Menteri Pelajaran Malaysia,diikuti dengan tayangan video lagu "Bahasa Jiwa Bangsa",kemudian diikuti dengan kuiz bahasa Malaysia oleh ketua panitia bahasa Melaysia

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 29 Oktober,Satu sambutan Hari Raya Aidil  Adha telah diadakan dalam   suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Puan Pk HEM,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty telah memberi ceramah mengenai peristiwa korban antara Nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Nabi Allah Ismail.Rentetan peristiwa inilah yang menuntut umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah korban.Sesungguhnya ibadah korban merupakan ibadah yang sangat-sangat dituntut dalam Islam lantaran  memperingatkan kita kepada peristiwa besar tentang pengorbanan antara dua orang Nabi yang sangat-sangat taat kepada perintah Allah ini.
      Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
       Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 
Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty dalam sesi ceramahnya...
Hadiah....Terima kasih daun keladi....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.