Latest Post

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 24 Jun 2012,penyampaian hadiah "Kebersihan dan Keceriaan Kelas" bagi sesi Bulan Mei dan Jun 2012 telah disempurnakan di tapak perhimpunan Skkk2.Bagi katogeri Tahap 1,juara kebersihan dan keceriaan telah disandang oleh kelas Tahun 1 Terbilang.Ketua darjah dan guru kelasnya Pn. Roslizawati telah tampil ke pentas untuk menerima sijil penghargaan dan wang sumbangan daripada Unit HEM Skkk2.Manakala juara bagi katogeri Tahap 2 telah disandang oleh kelas Tahun 6 Gemilang.

Ketua Kelasnya bersama guru kelas,Pn.Nor'in telah dijemput ke pentas untuk menerima sijil penghargaan dan sumbangan wang.Puan PK HEM Skkk2,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty telah menyempurnakan acara tersebut.Sekalung tahniah diucapkan kepada kelas yang berjaya,jua kepada guru kelas yang telah bertungkus-lumus menyahut cabaran pertandingan kebersihan dan keceriaan ini.Kepada kelas yang kurang berjaya,jangan berputus asa,cuba lagi untuk bulan-bulan hadapan dan seterusnya.

Juara kebersihan tahap 2...Pn Nor'in bersama ketua kelas Tahun 6 Gemilang semasa menerima sijil penghargaan dan hadiah drp Puan PK HEM,Pn Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty....Tahniah!!!

Ketua darjah Tahun 1 Terbilang bersama guru kelasnya Pn Roslizawati sedang menerima sijil penghargaan dan hadiah drp Puan PK HEM ....

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAB KOMPUTER
SK.KUBANG KERIAN 2,CHICHA TAHUN 2012

TARIKH:
28 HINGGA 31 OGOS   2012

TEMPAT:
MSC Malaysia Creative Content Centre (MAC3),
ANIMONSTA STUDIOS SDN. BHD. (boboiboy) 
TAMAN BOTANI, PUSAT SAINS NEGARA,
INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA & ZOO NEGARA


ANJURAN:
KELAB KOMPUTER
SK.KUBANG KERIAN 2,CHICHA TAHUN 2012

KEPADA MEREKA YANG BERMINAT,
SILA HUBUNGI PN WAN RAMLAH BT DAUD 
UNTUK MENDAPAT KETERANGAN LANJUT
PENYERTAAN HANYA TERHAD KEPADA 
35 ORANG PELAJAR YG MENDAFTAR AWAL....
SEKIAN TERIMA KASIH....

JADUAL UJIAN PERTENGAHAN TAHUN ( JUN )
 TAHAP 1
ISNIN -(18 JUN 2012)
8.10  -  9.00    - Bahasa Melayu Pemahaman 
 9.55  - 11.10  - Bahasa Melayu Penulisan
 11.45 - 12.45 - Pen Seni Visual

SELASA -(19 JUN 2012)
 8.10  -  9.00    - Mathematics
 10.30. - 11.30 - Pen Islam
 11.45 - 12.45 - Jadual Biasa

RABU  -(20  JUN 2012)
 8.10  -  9.25    - Sains
 10.40. - 11.40 - Bahasa Inggeris
 11.45 - 12.45 - Jadual Biasa

 TAHAP 2
ISNIN -(18 JUN 2012)
8.00  -  8.30    - Bahasa Melayu Pemahaman 
 9.00  - 10.15  - Bahasa Melayu Penulisan
 10.50 - 11.50 - Pen Seni Visual
12.00 - 12.40 - Mathematics 2

SELASA -(19 JUN 2012)
 8.00  -  9.00   - Mathematics  1
 9.10. - 10.10  -kajian Tempatan
10.45 - 11.45 - Sivik
11.45 - 12.45 - Agama Islam


RABU  -(20  JUN 2012)
 8.00  -  9.15    - Sains
 9.25. - 10.15 - Bahasa Inggeris1
 11.30 - 12.45 - Bahasa Inggeris2


Selamat Menempuh Ujian Pertengahan Tahun pada 18, 19 & 20 Jun 2012....Semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang!!!

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.