Latest Post

Sk.Kubang Kerian2-Sukan Tahunan berlangsung  sejak 18 dan 19 Oktober 2011 dalam suasana yang sederhana tapi meriah.Pelbagai acara balapan dan acara sukanika dipertandingkan.Acara balapan yang dipertandingkan adalah lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru,lari 50M,80M,100M dan 200M,serta 4x400M.
      Acara sukaneka yang dipertandingkan pula adalah seperti atur dan pungut bola,junjung pundi kacang,lari dalam guni,isi air dalam botol,terompah gajah,tarik tali dan rakit darat.Para peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara-acara tersebut bermain dengan bersungguh-sungguh.Begitu juga dengan guru-guru rumah yang sanggup membimbing dan memberi semangat kepada pasukan masing-masing,begitu bersemangat  dalam merebut juara.Semangat kesukanan yang sebeginilah sangat diperlukan.
      Sudah menjadi adat pertandingan,sudah pasti ada kalah dan ada menang.Berikut adalah kedudukan rumah-rumah yang dipertandingkan adalah seperti berikut:Tempat pertama dimenangi oleh Rumah Biru,tempat ke-dua,Rumah Kuning,tempat ke-tiga Rumah Merah dan tempat ke-empat pula jatuh kepada Rumah Hijau.Tahniah kepada pasukan dan individu yang menang dan kepada mereka yang kurang bernasib baik pula janganlah berputus asa.Apa yang penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama antara ahli pasukan dan para peserta.
      Majlis sukan pada tahun ini telah menganugerahkan tokoh olahragawan dan olahragawati kepada dua orang murid.Tokoh olahragawan disandang oleh Muhammad  Baidawi Mohd On dari Rumah Merah,manakala olahragawati pula disandang oleh Nurul Aisyah Bt.Ruslan dari Rumah Merah.


Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 16 Oktober 2011,Murid-murid Sk.Kubang Kerian 2 telah diberi satu taklimat khas mengenai pemakanan oleh Vico Malaysia Sdn Bhd,Cawangan Kota Bharu,Kelantan.Selepas menyaksikan demonstrasi,murid-murid diberi minuman vico percuma bersama sekeping jadual waktu untuk kegunaan mereka.
Murid-murid sedang beratur untuk menunggu giliran....
Terima kasih daun keladi...

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

Tanggal 21 September 2011,Sk Kubang Kerian 2 mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan Puan Norhasni Bt.Ismail sebagai Pk Ko Kurikulum di Sk Gong Dermin.Di sebalik ucapan tahniah,terselit rasa terkilan dan kepiluan yang teramat di hati warga Skkk2,memandangkan Puan Norhasni adalah salah seorang guru yang dedekasi dan beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap Skkk2.Perkhidmatan Puan Norhasni di sini sudah menjangkau 20 tahun dan selama beliau berada di sini,telah banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan ke atas sekolah ini khususnya dalam "Menggemilangkan Akademik" Skkk2 dan beliau merupakan salah seorang dari tulang belakang Skkk2.Tanpa beliau,maka Skkk2 benar-benar kehilangan insan guru yang sangat berdedekasi dan kreatif .
  Satu majlis khas telah diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Norhasni sekaligus sebagai jamuan perpisahan telah diadakan di Skkk2.Puan Norhasni telah diberi peluang untuk berucap di hadapan murid-murid,sebelum beliau melangkah meninggalkan Skkk2.
      Puan Norhasni dihantar ke Sk.Gong Dermin oleh guru-guru Sk.Kubang Kerian 2 sebanyak 7 buah kereta dengan membawa 5 buah par dan dibalas dengan 5 buah par dari Sk.Gong Dermin.Rombongan dari Sk.Kubang Kerian 2 dijamu dengan makan tengah hari sebagai meraikan tetamu yang datang.terima kasih di atas jamuan yang istimewa ini.
      Kepada Cikgu Norhasni,pesan kami semua " Bila burung terbang ke sarang,ceriterakanlah khabar yang baik-baik tentang sarang lama,tutuplah segala keaiban...."   Sesungguhnya jasa dan bakti Puan Norhasni akan tetap dikenang oleh warga Skkk2.Meskipun kita terpisah,namun hati kita masih tetap bersatu dalam tautan ukhwah Islamiah yang pastinya tiada penghujungnya....Semoga Cikgu Norhasni tetap menabur jasa dan bakti di sekolah baru dan jangan sekali-kali melupakan kami di sini....
                                               Hadiah kenang-kenangan drp warga Skkk2
Terimalah ianya dengan seikhlas hati
Gb mewakili warga Skkk2...turut menyampaikan hadiah kepada Cikgu Norhasni
hadiah drp JQAF
Penyerahan tugas
par...sebanyak 5 buah par
salam perpisahan dari kami semua...................




Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.