Latest Post

Skkk2,18 Mei 2011-satu Majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Dewan harmoni dengan dihadiri oleh lebih kurang 150 orang ibubapa dan 168 orang calon UPSR.majlis berjalan seperti yang dirancang.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,En.Ismail B.Ibrahim.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh para ibubapa dalam menjayakan program yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah.
      Tuan Guru Besar turut membentangkan keputusan UBB2 yang baru saja dilalui oleh calon-calon UPSR.Beliau juga telah membentangkan program yang dirancang khas oleh Unit Kecemerlangan Akademk Skkk2,yang telah,sedang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah.
      Seterusnya,majlis dikendalikan oleh motivator tersohor,Puan Noor hayati Yaacob dari Sk.Seri Melor.dalam slot motivasi yang dikendalikan oleh Puan Nor hayati ini,menampakkan kesan yang mendalam di jiwa anak-anak dan juga para ibubapa.Slide show yang dibentangkan oleh puan Nor hayati amat menarik sekali.saya suka memetik kata-kata Puan Nor Hayati "Insan yang berjaya adalah insan biasa yang berusaha luar biasa".
       Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan Ikrar-akujanji UPSR.Murid-murid berikrar di saksikan oleh para ibubapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh demi mancapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.Sebelum menutup tirai majlis,Sesi Dialog UPSR di kelas telah diadakan di kelas-kelas Tahun 6.Di sini,ibubapa telah diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru Kelas tahun 6.Mereka telah diberi peluang untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masing-masing juga cadangan-cadangan yang membina boleh diutarakan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.Sebagai pembasah tekak dan penghilang haus,para ibubapa dan murid-murid Tahun 6 telah dijamu dengan sedikit juadah.Semoga majlis-majlis perjumpaan para ibubapa dan murid-murid tahun 6 akan dapat diteruskan lagi bagi siri-siri seterusnya dengan jayanya....
 "Bersama kita semarakkan dunia pendidikan dengan penuh keazaman,kerana dengan keazaman yg tinggi disertai dengan usaha yang gigih,dapat membantu anak-anak kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak"

                Ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 serta pembentangan keputusan UBB2 dan program UPSR 
            PK HEM,Cikgu Roslan dan Cikgu Zaini ( Kaunselor Skkk2) khusyuk mendengar ceramah...     
sesi dialog ibubapa-guru mengikut kelas tahun 6

Satu majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah:
Tarikh:    18 Mei 2011
Masa      : 2.00 - 5.30 petang
Tempat   : Dewan Harmoni

Atucara Majlis:
2.00 - 2.30 petang - pendaftaran ibubapa murid Tahun 6
2.30 petang - Majlis bermula
                     * bacaan doa
                     * Ucapan dan taklimat Tuan Guru Besar
                     * Ucapan YDP PIBG
3.00 petang - Ceramah Motivasi
4.40 petang - Ikrar-akujanji UPSR
4.40 petang - Dialog UPSR di kelas
5.20 petang - jamuan ringan

Dijemput semua murid Tahun 6 hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.Semua guru juga dimestikan hadir.Jika ada sebarang masalah,sila rujuk Penolong Kanan Pentadbiran.Harap Maklum.

16 MEI, 2011 - Sempena Hari Guru pada hari ini ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru SKKK 2 khasnya dan semua insan yang bergelar guru walau di mana sahaja berada, dengan ucapan keramat "Terima Kasih Cikgu".....Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"...Dengan tema tersebut,maka jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa tugas dan peranan guru amat besar dalam mendidik dan sumber ilmu kepada murid-murid tak kira dalam arus pembangunan yang macammana sekalipun.Guru sentiasa menjadi transformasi ke arah pendidikan bertaraf dunia.Mudah-mudahan  tema tersebut menambahkan semagat juang di hati dan jiwa para guru di SKKK2 khasnya dan semua guru-guru di Malaysia amnya......
        Sambutan hari guru pada tahun ini,walaupub sederhana,namun ianya berjalan dengan cukup meriah.Seawal pagi,murid-murid dan guru-guru telah berkumpul di tapak perhimpunan.PK Ko dan setiausaha Ko kurikulum,Cikgu Noor Asmadi telah membahagikan guru dan murid mengikut kelompok.Guru-guru lelaki dan wanita masing-masing mengikuti acara padang mengikut pasukan yang telah ditetapkan.Permainan yang dipertandingkan pada hari ini ialah bola jaring dan sepak takraw.
        Acara dewan pula telah dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar,manakala perutusan Ketua Menteri Pelajaran pula telah disampaikan oleh Puan Penolong Kanan HEM.Acara diteruskan  lagi dengan nyanyian "Guru Malaysia" oleh semua guru Skkk2.Acatra ringkas dewan juga telah diadakan.Jam 12.30 tengah hari para guru telah menikmati juadah yang disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.Semoga dengan sambutan ini,para guru akan merasakan bahawa  jasa dan budi mereka telah dihargai."Terima Kasih Cikgu"Jasamu dikenang.....
                                 Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia...oleh Tuan Guru Besar Skkk2
                                                 
  Nyanyian Guru Malysia Skkk2
   
                                        Khusyuk mengaminkan doa
                                      Perlawanan bola jaring oleh guru-guru wanita
 
                                              Perlawanan sepak takraw oleh guru-guru lelaki
 
                                            "Boleh pandang-pandang...jangan pegang-pegang...." 
                       Setelah penat beraktiviti....sedia untuk menjamah juadah...para pentadbir Skkk2   



Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.