Latest Post

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sesi fotografi telah bermula di Skkk2.mana-mana murid Tahun 6 yang masih belum menghantar gambar bersaiz pasport,telah dipanggil untuk sesi fotografi yang diadakan di makmal Komputer.ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja melengkapkan biodata dan pas untuk memasuki dewan peperiksaan UPSR yang bakal diadakan pada penghujung tahun nanti....Pihak Setiausaha Peperiksaan telah bekerjasama dengan Unit ICT Skkk1 dalam sesi ini.Semoga UPSR pada tahun ini akan mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak Kecemerlangan Akademik Skkk2."Sama-sama berusaha ke arah menggemilangkan akademik Skkk2"
okey...ready...1,2,3.....gaya profesional....pakai DSLR camera...
Senyum....pandang depan...  :)
Guru....juga tak melepaskan peluang....bergambar....senyum!!!!

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Tanggal 31 januari 2011,pihak guru-guru Skkk2 telah bersama-sama mengerjakan solat hajat.Solat hajat diadakan sempena pembukaan sesi baru persekolahan bagi tahun 2011 ini.menurut tuan Guru Besar,solat hajat ini akan dilakukan secara berjemaah oleh para guru Skkk2 selag dua minggu sekali.Ianya diadakan bertujuan untuk memhon limpah kurnia dan keberkatan Ilahi dalam usaha para guru di sini menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik yang dikasihi.semoga Allah merahmati tiap ilmu yang kami para guru Skkk2 titipkan buat anak-anak didik di sini.Segala usaha dan ikhtiar dah kami lakukan....selebihnya sama-samalah kita bertawakkal ke hadrat Allah azzawajalla.....Terus maju Skkk2 di persada pendidikan....
Penyelarasan niat sebelum solat hajat dimulakan....oleh Ustaz  Halim
Doa....penuh khusyuk...mengharapkan usaha dan ikhtiar direstui Allah Azzawajalla....
Guru-guru wanita....tak terkecuali...pohon keredhaanNya

sekolahku....satu harapan ......satu kejayaan
Sk.Kubang Kerian 2- 30 januari 2011 telah menerima dua orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia,kampus Kota Bharu.Selamat datang diucapkan kepada  dua orang adik pelatih ini. Semoga anda gembira dan selesa berada di sekolah kami.Jadikanlah sekolah ini sebagai tempat anda menimba pengalaman,di samping anda berlatih mengajar anak-anak didik di sini.Jika anda emmpunyai sebarang masalah atau memerlukan bantuan kami,jangan segan-segan,sila hubungi mana-mana personal yang terlibat.
Guru pelatih diperkenalkan oleh Guru Besar kepada murid-murid Skkk1
Persembahan Bahasa Inggeris...
Asyik...saksikan persembahan  dalam sesi perhimpunan....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.