Latest Post

Sk.Kubang Kerian -Tanggal 09 Feb 2017 Tahun 6 Terbilang telah mendahului pengisian Program Relief ICT di Sk Kubang Kerian 2.Murid-murid kelas ini telah dibimbing oleh Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Bt Daud dalam sesi pembelajaran pada kali ini.Murid-murid dikehendaki "update" dashboard VLE Frog masing-masing.PDPC ini didapati sangat menyeronokkan mereka.Sesuai dengan Pembelajaran Alaf ke 21(PA21) mereka sangat suka meneroka alam pendidikan maya.Semoga dengan kepelbagaian PDPC sebegini menambahkan lagi minat murid-murid untuk mencari maklumat dan bahan pembelajaran yang sesuai dan berfaedah serta menggunakan internet ke arah yang berguna.




Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 7 Feb 2017 Program Senamrobik dan Merentas Desa telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para murid dan juga guru-guru.Dimulakan seawal pagi dengan senamrobik bersama-sama di tapak perhimpunan.Diikuti dengan larian merentas desa pada jam 9.30 pagi di sekitar perkampungan Chicha dan kawasan yang berhamiran dengan sekolah.Penyampaian hadiah kepada pemenang dilaksanakan pada jam 11.00 pagi.




















Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai “Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim membaca   perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..

            Acara gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.










Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.