Latest Post



Sk Kubang Kerian 2 – Tanggal 5 Feb 2017 “Program Jom ke Sekolah “ telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan seawal jam 7.45 pagi dengan perhimpunan murid-murid dan guru-guru di tapak perhimpunan.Semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi menyambut ketibaan tetamu jemputann,iaitu Naib YDP Saudara Dr Imran B Ahmad .Tuan guru besar telah menyambut ketibaan pegawai “Polis Penghubung Sekolah”,Yang Setia Saudara Ahmad b.Abdul Aziz .Diikuti dengan nayanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan,dan lagu sekolah.Murid-murid membaca ikrar diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz nahran B Mamat.Seterusnya pegawai polis En Ahmad b.Abdul Aziz telah menyampaiikan ucapannya sempena pembukaan majlis,diikuti oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail B Ibrahim membaca   perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..

            Acara gilang-gemilang yang merupakan gimik program adalah mmencucuk belon dan melepaskan tembakan yang mengekuarkan juraian butiran kertas dan butiran peada yang berwarnna-warna menambahkan keceriaan majlis.Kotak aduan murid telah diperkenalkan bagi membolehkan murid-murid membuat aduan tentang ketidakpuasann hati mengenai apa-apa yang berlaku di sekolah.Sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid,boleh dikemukakan dengan cara memasukkan aduan ke dalam peti khas ini.Acara penyampaian kad Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan di mana murid-murid dan guru-guru terasa amat teruja kerana mereka tidak menyangka hari lahir mereka telah diraikan.Seterusnya murid-murid telah bersalam-salaman dengan guru-guru mengikut kelas secara berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing.Adalah diharapkan agar program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.










Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 21 Januari 2017 sekolah ini telah menjadi puat pemindahan banjir bagi penduduk sekitar yang dilanda musibah banjir.Sehingga kini seramai 213 orang mangsa telah dipindahkan ke sini.sesi persekolahan pada hari Ahad 22 januari dengan rasminya telah ditutup kepada murid-murid sekolah,manakala guru-guru dimestikan menghadirkan diri kecuali mereka yang terlibat dengan mangsa banjir.Guru-guru yang terlibat dengan musibah banjir dikehendaki melapor diri di sekolah yang berdekatan.











Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.