Latest Post

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 17 Mei 2016 Satu majlis Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia telah diampaiakan oleh tuan PK HEM  Skkk2,Puan Salihah Bt Zakaria ,manakala perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula telah disampaikan oleh PK Ko Skkk2 Puan Aliza Bt Draman.Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia " dan lagu tema Hari Guru oleh guru-guru Sk.Kubang Kerian 2.Mereka menyanyi dengan begitu bersemangat sekali,diiringi dengan tepukan gemuruh oleh murid-murid semua.
       Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan seperti nyanyian dan juga pentomin.Para guru juga telah menunjukkan bakat mereka dengan menyertai acara sukan dan acara teka-teki serta berbalas pantun.Majlisa diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.Sesungguhnya jasa para guru tidaklah terbalas oleh murid-murid.Di sini sukalah admin kongsikan sebuah sajak yang sangat popular sejak oleh Dato Usman Awang dari dahulu hinggalah sekarang :

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

Beburu  ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya,
pelita dan lampu segala,
ntuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
alur kesetiaan mengalirkan nasiha,
pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama yang mulia,
jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca,
di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
semakin bererti tugasnya kepada negara,
jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku...
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu,
panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,
menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 4 Mei 2016 wakil Syarikat Paper Mate Malaysia telah datang ke sekolah ini bagi menjayakan kempen penggunaan paper mate seperti pen,pensel,pensel warna dan memperkenalkan warna-warna baru paper mate.Para pelajar telah diberi hadiah yang berupa peralatan tulis dan boucer yang membolehkan potongan sebanyak 50% bagi setiap orang murid.Usaha ini adalah bagi membolehkan murid-murid memiliki peralatan tulis dengan harga yang murah dan berpatutan.Ini juga merupakan satu usaha wakil syarikat Paper Mate Malaysia mempromosikan peralatan tulis mereka.Terima kasih diucapkan kepada wakil Paper Mate Malaysia yang sudi memberikan potongan harga kepada murid-murid Skkk2.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.