Latest Post

Sk.Kubang Kerian 2-28 Nov 2013,Majlis Makan Tengah Hari merangkap jamuan Akhir Tahun bagi guru-guru dan  kakitangan Skkk2 telah disempurnakan di Restoren New Horizon,Wakaf Che Yeh Kota Bharu dalam keadaan yang sederhana,namun meriah.
       Dalam ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar,beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh para guru di Skkk2 dalam memdidik anak-anak di Skkk2.Yang dipertua PIBG dan AJK PIBG juga turut sama memeriahkan majlis makan tengah hari ini.Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa kebajikan guru yang telah mengurus majlis ini dengan jayanya.

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 Oktober 2013,Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2,telah menerima anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan di BTPN Kelantan.Anugerah ini diberi berdasarkan penilaian sepanjang tahun 2012.Sk Kubang Kerian 2 telah dinobatkan sebagai naib johan dalam katogeri Video Pendek dan tempat ke tiga dalam katogeri Portal Sekolah.Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKKK2 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di persada Teknologi Pendidikan.Tuan Guru Besar,En Ismail B Ibrahim bersama Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah beserta seorang pelajar telah dijemput untuk menerima anugerah tersebut.
Semoga Skkk2 akan terus menjulang nama di persada dunia pendidikan tanah air.

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 28 Oktober 2013,Pasukan sekolah telah berentap dalam Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Negeri Kelantan yang telah dilaksanakan di BTPN Kelantan,Pengkalan Chepa.Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan projek animasi adalah selama dua bulan.Meskipun masa yang agak panjang,namun dek kekangan-kekangan dan pertembungan-pertembungan dengan  aktiviti-aktiviti penting sekolah,ianya menjadi agak terhad.Namun begitu pasukan sekolah tetap mengambil inisiatif untuk berusha dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berprestij ini.
     Walau bagaimana pun,pasukan "Smart Team" hanya mendapat saguhati sahaja.Apapun ,tahniah diucapkan di atas kesungguhan anda dalam menjayakan pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada para peserta iaitu Ahmad Aiman B Sahadi,Megat Ahmad Faris B Megat Adnan,Ahmad Izdihar Haikal B Mohd Nasir,Mohamed Al Farabi B Zulkarnain, dan Muhammad Asyraf B Ghazni.


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.