Latest Post

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 16 Januari 2013,Satu gotong-royong perdana telah diadakan oleh Unit Kokurikulum sekolah yang diketuai oleh PK Ko Skkk2,Puan Hjh Rusnani Bt Deris.Acara gotong-royong telah diadakan selepas acara pelantikan AJK Rumah pasukan masing-masing.Puan PK Ko telah membahagikan kawasan mengikut rumah sukan.Kesemua rumah seperti Biru,Merah,Hijau dan Kuning telah menjalankan aktiviti dengan penuh semangat dan gotong-royong.
Guru-guru sedang mengawasi murid-murid bergotong-royong
Rumah Biru sedang membersihkan kawasan kantin sekolah
Bakar...jangan tak bakar!!!
Rumah Merah....kawasan garaj kereta dan hadapan sekolah....
Tuan Guru Besar Skkk2 bersama murid-murid perempuan...
Tuan Guru Besar bersama murid-murid lelaki ....

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 1 Januari 2013,sesi persekolahan telah bermula sebagaimana sekolah-sekolah lain di Timur Semenanjung Malaysia ini.hujan turun mencurah-curah,membasahi bumi kerian yang damai ini.sekaligus mengganggu kelancaran perjalanan ke sekolah lantaran jalan raya yang agak jem.
       Meskipun dalam kepayahan dek butiran hujan yang agak kasar,namun terpancar kegembiraan di wajah anak-anak Sk Kubang Kerian 2 yang datang dalam keadaan yang penuh semangat.Curahan butiran hujan rahmat ini juga telah mengakibatkan limpahan air di prasekolah di mana  pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan di kelas psekolah (B).Murid-murid prasekolah (B) terpaksa menumpang belajar di kelas prasekolah (A).Tahniah diucapkan di atas inisiatif guru-guru prasekolah dan para  pentadbir yang sentiasa prihatin terhadap kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah ini.
       Air yang melimpah daripada hujan yang mencurah-curah ini mengakibatkan kerosakan beberapa perabut prasekolah dan kotoran yang tertinggal di lantai prasekolah.
Bahagian depan prasekolah digenangi air yang agak dalam...

Bahagian dapur pra juga turut dimasuki air banjir
Setor tempat penyimpanan barang-barang pra turut digenangi air....

Tempat wuduk prasekolah merupakan tempat yang paling dalam digenangi air....

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 24 Dec 2012 "Blog Kreatif" yang dihasilkan oleh Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer yang bertajuk "Jom Lawat Klate"telah memenangi johan bagi katogeri anugerah juri dalam pertandingan blog kreatif peringkat sekolah rendah sempena Karnival Sains dan Teknologi Negeri Kelantan bagi tahun 2012.Hadiah dismpaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Dr. Muhamed Fadzli Bin Dato' Hj Hassan,merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Maklumat,Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.Manakala bagi katogeri terbuka atau personal telah dimenangi juga oleh guru Skkk2, menerusi En Azharan b Hussein melalui blog kreatifnya yang bertajuk "Kelantan Negeri Berbudaya".Beliau telah memenangi tempat ke tiga bagi katogeri terbuka ini.Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B Ibrahim turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ini.
JTK En Mohd Nur Misuari bersama GPB Pn Wan Ramlah dengan hadiah yang dimenangi...
Bergambar kenangan bersama Tuan Guru Besar di samping hadiah yang dimenangi...

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.