Latest Post

Penyerahan peralatan JQAF kepada Puan Zunaidah Bt Jaafar
Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 07 Oktober 2012,Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah Daud telah menyerahkan peralatan Muzik,potable wireless speaker dan peralatan JQAF ,kamera digital serta perakam video pada hari ini kepada ketua panitia Muzik,Puan Rosliwati Bt Muhammad  dan Wakil JQAF,Puan Zunaidah Bt Jaafar.Kesemua barangan tersebut adalah di bawah jagaan juruteknik komputer lama,Encik Faizul Afzan B Mamat.

Penyerahan ini dilakukan adalah kerana GPB tidak mahu peralatan ICT bercampur aduk dengan peralatan unit-unit lain di samping mumudahkan kerja-kerja pinjaman dan pergerakan hartamodal serta inventori sekiranya setiap unit menjaga barang-barang serta peralatan mereka sendiri.
Puan Wan Ramlah sedang menyerahkan potable wireless speaker kepada Puan Roslizawati merangkap Ketua Panitia Muzik Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 04 Oktober 2012,murid-murid Skkk2 yang terpilih telah dijemput ke Jackel Cawangan Kubang Kerian bagi menerima sumbangan pakaian yang berupa kain ela.Mereka telah dibawa ke sana dengan menaiki dua buah bas.Program ini adalah anjuran Unit HEM Skkk2.
PK HEM dan Puan Noraishah antara mereka yang mengiringi murid-murid ke Jackel Kubang Kerian.
Puan PK HEM sedang menyusun kedudukan murid di dalam bas...
Antara mereka yang mendapat sumbangan....Tahniah kerana anda terpilih!!

Encik Mohd Nur Misuari Bin Ramli - juruteknik komputer Skkk2 sedang menerima fail tugas dan buku pengurusan ICT serta jadual tugasan daripada Tuan Guru Besar Skkk2,Encik Ismail B Ibrahim




"Selamat Menjalankan Tugas...Moga-moga selesa di sini "...
Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 01 Oktober 2012,juruteknik komputer baru telah melapor diri d pejabat guru besar jam 9.00 pagi tadi.Beliau menggantikan tempat Encik Faizul Afzan yang telah bertukar ke Pulau Pinang lantaran mengikut keluarganya di sana."Selamat Datang" diucapkankan kepada juruteknik baru.Semoga anda selesa di sini dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi menggemilangkan Unit ICT khususnya dan semua unit di Skkk2 amnya.Anda adalah tunjang kepada kecemerlangan ICT sekolah.

Sedikit mengenai latar belakang Juruteknik Komputer yang baru.

Nama : Mohd Nur Misuari Bin Ramli
Tempat Bertugas Terakhir : Sek. Jenis Keb. Cina Cameron
Tempoh Berkhimat : 3 Tahun 4 Bulan
Asal : Kota Bharu, Kelantan 

Terimalah untaian pantun yang tak seberapa buat juruteknik Skkk2 yang baru :

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
 
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat .....

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau 

Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat  

Sahabat setia payah dicari

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berba.....


Encik Mohd Nur Misuari Bin Ramli bersama GB dan GPB Skkk2
sedang meneliti nota terima tugas....
Encik Mohd Nur Misuari sedang membimbing pelajar Tahun 2 dalam subjek Dunia Sains Dan Teknologi @ slot TMK yang dikendalikan oleh GPB



Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.