Latest Post

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 6 September 2011,satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan secara sederhana.meskipun sederhana dan ringkas,namun ianya berjalan dalam suasana yang meriah dan penuh kegembiraan.
    Dimulakan seawal pagi dengan perhimpunan murid di Dewan Harmoni.Murid-murid mengambil tempat masing-masing dalam pakaian hari raya yang penuh warna-warni.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B. Mohd Zain,diikuti dengan perutusan khas hari raya oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.Dalam perutusannya,Tuan Guru Besar mewakili semua guru Skkk2 mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua murid Skkk2,sekali gus memohon kemaafan daripada guru-guru dan murid-murid Skkk2 sepanjang masa bersama.
     Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu "raya" daripada murid-murid Tahun 3,4,5 dan prasekolah.Beberapa buah lagu raya telah didendangkan.Acara semakin meriah dengan celoteh yang mencuit hati daripada pengacara majlis pada hari ini daripada Pn.Asliza Bt.Hassan yang cukup menghiburkan.selain daripada persembahan murid,guru-guru JQAF juga turut menyumbangkan nanyian "Hari Raya" bersama pentadbir Skkk2 diikuti dengan murid-murid Tahap 1.
     Majlis sampai ke kemuncaknya dengan pengumuman pemenang ratu atau personaliti murid lelaki dan perempuan yang mewakili tahap 1 dan 2,lelaki dan perempuan yang berpakaian paling cantik dan mempunyai keterampilan yang menarik.Bagi murid Tahap 1 katoegori lelaki,Adik Md. Amir Iskandar bin Md.Syukri dari kelas 3C telah memenangi anugerah tersebut,manakala kategori perempuan pula telah dimenangi oleh Adik Fatin Elisa Masisarah dari kelas 2T. Bagi murid Tahap 2 pula,kategori lelaki dimenangi oleh Adik Alif Ikmal bin Hussin dari kelas 4G,manakala kategori perempuan pula telah dimenangi oleh Adik Fadhilah dari kelas 5G.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bagi mereka yang tidak terpilih,bukanlah bererti anda semua tidak berpakain cantik atau memiliki personaliti yang tidak menarik,semuanya cantik dan memiliki personaliti yang menarik,cuma sudah menjadi adat  pertandingan,akan ada pemenangnya.....Apapun yang pasti kita semua gembira.
   Seterusnya ,majlis diteruskan dengan jamuan di kelas masing-masing."SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Perutusan Hari Raya Oleh Tuan Guru Besar...En.Ismail Ibrahim
Wajah-wajah ceria anak-anak Skkk2 dalam pakaian raya
persembahan murid....nyanyian lagu raya yang penuh syahdu....
nyanyian guru dan murid-murid Tahap 1
Pemenang pakaian dan personaliti menarik Tahap 1 dan 2 bersama Guru Besar ,PKP dan PK HEM...
Ambil peluang posinggggg.......:
Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan

Pengumuman kepada semua murid dan guru Skkk2:
Majlis sambutan hari raya Aidil Fitri akan diadakan pada 06 September 2011.Murid-murid dikehendaki memakai baju raya dan digalakan membawa kuih-muih ( sekiranya ada) bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya sekolah kita.Sekian Harap Maklum....

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 4 September 2011,pihak sekolah telah menerima seramai 6 orang guru pelatih yang akan menjalani PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah yang berlangsung mulai 04 September hingga 08 September 2011.Mereka adalah Cik Amie sharmimie Yaacob,Cik Nur'Ain Fatihah Bt.Yusof dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,Cik Wahida Amalin Sa'adun dari IPG Kampus Kota Bharu,Cik Wan SufiyyahWan Zulkipli,Cik Nor Irwanis Yaakub dan Cik Ain Syuhada Baharuddin dari IPG Kampus Tuanku Bainun.Kepada adik-adik pelatih ini selamat menimba pengalaman dari sekolah kami dan jika anda menghadapi sebarang masalah,sila hubungi para pentadbir dan guru-guru di sini.Insya allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada anda semua.....".Selamat Menimba pengalaman dan Kongsi Pengalaman"



Adik-adik pelatih dari 3 IPGM yang berbeza...Kampus Kota Bharu,kampus Tengku Bainun dan Kampus Perempuan Melayu Melaka

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.