Latest Post

Sekolahku....Satu harapan ......Satu kejayaan
Tanggal 13 Februari 2011,satu sesi penggambaran telah diadakan oleh Unit ICT Skkk1 untuk murid-murid Tahun 1 hingga 6.Sesi penggambaran ini diadakan mengfikut jadual yang telah ditetapkan.Dimulakan dengan Tahun 1,2 dan 3 pada hari pertama,kemudian diikuti dengan tahun-tahun seterusnya.Sesi penggambaran untuk guru-guru dan staff pula akan diadakan sebaik sahaja sesi penggambaran kelas selesai.Jadual penggambaran seterusnya akan diatur oleh pihak pengurusan ICT Skkk2.Sepanjang hari ini,murid-murid telah mengikuti sesi ini dengan jayanya di bawah seliaan guru kelas masing-masing dan juga jawatankuasa yang bertugas pada hari ini.
Setting untuk sesi penggambaran....
Ready...1,2,3  set !!!
 Sedia.....pandang depan.....k,lik!!!

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan.....
Tanggal 12 Febrari 2011,satu majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 kali pertama telah diadakan di Dewan Harmoni Skkk2.Majlis ini telah dirasmi oleh wakil YDP PIBG,Yang Berusaha Dr.Imran B.Ahmad.Majlis ini bermula seawal jam 8.30 pagi sebagaimana yang telah dirancang.Dalam ucapannyanya Dr.Imran telah menyeru para ibubapa agar sama-sama memberi sokongan sama ada dalam bentuk sokongan moral,keringat dan juga jika perlu,pengorbanan dalam bentuk wang ringgit.
       Tuan Guru Besar telah memberi ucapannya dengan membentang TOV,target  mrngikut subjek,dan murid-murid target UPSR.Target pada tahu 2011 adalah 51 orang yang akan mendapat 5A dalam UPSR nanti.
       Dalam sesi dialognya Tuan Guru Besar bersama Setiausaha 2 UPSR,Puan Nor Hasni telah berkenan menjawab segala persoalan yang dikemukan,berkaitann dengan permasalahan yang timbul,cadangan-cadangan dan saranan-saranan ke arah kecemerlangan akademik Skkk2.
     Tuan Guru Besar sangat-sangat berharap agar "Majlis Skuad Peningkatan & Kecemerlangan UPSR 2011" ini akan terus menggembelingkan usaha dan tenaga,seiring dengan para ibubapa dan juga Jawatankuasa PIBG ke arah menggemilangkan akademik Skkk2.Sama-sama menyahut seruan "Sekolahku,Satu harapan,Satu Kejayaan "
Pendaftaran kehadiran para ibubapa murid Tahun 6....


Khusyuk....mendengar taklimat drp Tuan Guru Besar Skkk2 
Ucapan dari wakil YDP PIBG ....Dr.Imran......
Sesi pembentangan TOV,target 2011 dan murid-murid target....
Sesi soal-jawab ibubapa......

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.