June 2016

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 19 Mei 2016,Satu "Majlis Bakti  disanjung Budi dikenang "telah diadakan di Dewan Harmoni dalam suasana yang sederhana,namun meriah berbaur pilu lantaran Skkk2 akan kehilangan sebutir permata yang sentiasa begemerlapan tak kira walau dalam sinar suria atau suramnya malam.Seorang guru yang sangat berdedikasi akan meninggalkan profesionnya sebagai seorang guru lantaran bersara wajib.Namun di hati kami,Cikgu Nur'in sentiasa ada lantaran ilmu yang dicurahkan dan jasa yang ditaburkan tetap terpahat di hati-hati kami.
      Di sini admin ingin kongsikan sedikit sebanyak biodata Cikgu Nur'in.Beliau mempunyai latar belakang pendidikan seperti berikut:
Tahun 1963 -1968 - Belajar  di Sk Kota Jembal
Tahun 1969-1971 - Belajar  di Sk Raja Sakti Kedai Lalat
Tahun 1972-1973 - Belajar  di SM Kubang Kerian
Tahun 1974-1975 - Belajar  di SM Ismail Petra(SMIP)
Tahun 2000          - Sijil Perguruan Asas ( KOPEDA)
Tahun 2004          - Ijazah Sarjana Muda B.Melayu /Linguistik Melayu di UPM.

Manakala sejarah perkhidmatannya pula adalah seperti di bawah:
Tahun 1979 - 2003 - Guru di Sekolah Yayasan Islam Kelantan(YIK)
Tahun 2003 - 2016 - Guru di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

Senarai Anugerah Yang Diterima :
Tahun 1996 - Tokoh Guru Mithali Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Tahun 2004 - Pelajar Terbaik PJJ dalam Majlis Konvokesyen UPM ke 28
Tahun 2008 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tahun 2016 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Melihatkan paparan biodata Cikgu Nur'in,maka sememangnya kita dapat ketahui bahawa beliau adalah seorang guru hebat,memiliki personaliti yang sangat baik dan disayangi oleh seluruh warga Skkk2.memang pemergian Cikgu Mur'in merupakan kehilangan "sebutir permata yang sangat berharga."Apa pun jua,Cikgu Nur'in tetap ada bersama kami,bersama jasa dan bakti serta budi luhurnya...tetap segar di hati kami semua.
  Bercakap mengenai pengalaman manis yang pernah Cikgu Nur'in lalui sepanjang di Skkk2,sebenarnya banyak pengalaman manis yang dilaluinya,namun Cikgu Nur'in inginm berkongsi satu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan,yakni di saat-saat beliau dapat kembali bertugas semula pada 1 Januari 2014 setelah enam bulan terlantar sakit dan tidak dapat berjalan.Beliau diserang angin ahmar dan alhamdulillah,Cikgu Nur'in telah pulih sepenuhnya dan dapat bertugas seperti biasa.Suatu perkembangan yang sangat positif dan sangat dibanggakan oleh para doktor yang telah merawat beliau.Beliau juga merupakan pesakit contoh yang sentiasa berusaha untuk pulih kembali dengan kekuatan semangatnya,Allah perkenankan beliau sembuh semula daripada penyakit yang pernah dideritainya.
    Cikgu Nur'in juga tiddak lupa mengucapkan terima kasih di atas dorongan semangat yang telah diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan.Itulah sumber inspirasi beliau,ujarnya.Walau pun sudah bersara,Cikgu Nur'in masih sanggup menyumbang bakti kepada murid-murid di Skkk2.Beliau akan terus datang ke sekolah sekali dalam seminggu bagi menolong murid-murid dalam sesi PdP Frog Vle di makmal Komputer Skkk2.Cikgu Nur'in juga merupakan Jawatankuasa Tertinggi ICT Skkk2 dalam merealisisasikan pembelajaran maya di sekolah.Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Cikgu Nur'in.Tiada apa yang dapat kami berikan kepada Cikgu Nur'in bagi membalas jasa-jasa dan bakti yang telah ditaburinya.Akhir kata,"SAYONARA kami ucapkan buat Cikgu Nur'in tersayang...Semoga bahagia dan sihat wal afiat dalam menjalani hari-hari persaraan bersama keluarga tercinta.Terimalah bait-bait pantun dari kami :
Sayang Semarang Gunung Merapi
Anak gelama dituba jangan
Tidak dilarang adik berlaki
Janji yang lama dilupa jangan
dari tempat mana akan kemana
tinggi rumput dari padi
tahun mana bln. mana
bisa kita bersua lagi
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Batang selasih permainan budak
Tumbuhnya jarang tepi telaga
Bercerai kasih bukan kehendak
Paksaan orang dituruti juga
Ikan sepat dimasak berlada
Kuah cencaluk jadi bumbunya
Kalau tak dapat dimasa muda
Akan kutunggu sampai menjanda
tanam lenggun tumbuh kelapa
terbit bunga pucuk mati
budi tuan kami tidak lupa
telah terpahat didalam hati
Pucuk pauh selara pauh
Sembilu ledung ledungkan
Adik jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama menungkan....













Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 17 Mei 2016 Satu majlis Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia telah diampaiakan oleh tuan PK HEM  Skkk2,Puan Salihah Bt Zakaria ,manakala perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula telah disampaikan oleh PK Ko Skkk2 Puan Aliza Bt Draman.Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia " dan lagu tema Hari Guru oleh guru-guru Sk.Kubang Kerian 2.Mereka menyanyi dengan begitu bersemangat sekali,diiringi dengan tepukan gemuruh oleh murid-murid semua.
       Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan seperti nyanyian dan juga pentomin.Para guru juga telah menunjukkan bakat mereka dengan menyertai acara sukan dan acara teka-teki serta berbalas pantun.Majlisa diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.Sesungguhnya jasa para guru tidaklah terbalas oleh murid-murid.Di sini sukalah admin kongsikan sebuah sajak yang sangat popular sejak oleh Dato Usman Awang dari dahulu hinggalah sekarang :

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

Beburu  ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya,
pelita dan lampu segala,
ntuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
alur kesetiaan mengalirkan nasiha,
pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama yang mulia,
jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca,
di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
semakin bererti tugasnya kepada negara,
jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku...
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu,
panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,
menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.