Sk Kubang Kerian 2 -Tanggal 6 Julai 2015 satu perjumpaan Ibubapa Murid target Tahun 6 telah diadakan di Bilik Wawasan Skkk2.Seramai 62 orang ibbubapa yang hadir di dalam majlis bualbicara kecemerlangan ini.Tuan guru besar telah mempersembahkan slai power point mengenai pencapaian murid-murid bagi menerangkan post mortem peperiksaan UBB2 baru-baru ini.Para iubapa telah berbincang dengan para pentadbir dan guru-guru bagi mencari jalan ke arah penyelesaian kepada permasalahan dan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh bakal calon UPSR 2015.
Suasana bertambah hangat dengan perbincangan dan perkongsian daripada ibubapa mengenai tips-tips kecemerlangan pembelajaran anak-anak.Antaran yang menarik perhatian adalah perkongsian daripada seorang ayah,En.Syeikh Kamal Yusof mengenai proses peningkatan keemerlangan anak-anak beliau yang mana sewaktu Tahun 6,anak-anak beliauu hanya mendapat 2 hingga 3A sahaja.Peningkatan pembelajaran anak-anak beliau lebih cemerlang bila sudah agak dewasa,di sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang.jadi,sebagai kesimpulannya walaupun anak-anak kita belum boleh mencapai 5A dalam UPSR,jangan putus asa,teruskan memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk agar anak-anak kita sentiasa akan mendapat kejayaan yang cemerlang.Hubungan dengan pihak sekolah juga perlu dijaga supaya kejayaan anak-anak akan sentiasa terbuka di hadapan.Semoga perkongsian-perkongsian sebegini dapat membuahkan hasil yang cemerlang buat seluruh bakal calon UPSR khususnya dan warga Skkk2 umumnya.