September 2013

Berita terbaru!!! hangat....semua guru di Malaysia diwajibkan menduduki ujian kompentensi ICT secara atas talian .Bagi mereka yang gagal,akan masuk ke kelas pemulihan pada tahun hadapan 2014.


Kepada mana-mana guru yang akan menduduki ujian ini,sila masuk melalui web ini :
Semua guru di Skkk2 dikehendaki mengambil ujian ini sebagaimana yang ditetapkan oleh KPM.Sila berhubung dengan Guru Besar dan PKP anda jika anda menghadapi sebarang kemusykilan.Terima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid Skkk2 yang telah mengisi borang soal-selidik penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi Standard Qualification Smart School (SSQS)
Laporan SSQS dari Laman web PKG Kota

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 September 2013 Satu In House Training Vitural Learning Environment (VLE) telah diadakan di Makmal Mozilla pada jam 12.45 tgh hari.Meskipun pemasangan 1BestariNet belum dibuat di Skkk2,namun inisiatif untuk mengadakan sesi pendedahan dan penerangan mengenai 1BestariNet dan VLE telah diadakan.Ini adalah kerana untuk memberi pendedahan terhadap pembelajaran alaf baru kepada warga pendidik Skkk2.Penceramah adalah terdiri daripada Encik Azharan B Hussein.Puan Wan Ramlah Daud dan Nur Misuari B Ramli.







Semua guru malaysia bakal menduduki ujian literasi digital secara online bermula september hingga novemeber 2013...harap semua guru d skkk2 sudah bersedia...
utk keterangan lanjut...sila hubungi JPN ..Unit ICT (SPA)

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 15 September 2013,Sambutan kemerdekaan telah berjalan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah.Dimulakan dengan perhimpunan pagi.Murid-murid bersama guru-guru telah menjalani aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Puan Norazimah bersama para guru pelatih.Mereka bersenam dalam keadaan yang sangat seronok dan pergerakan yang menarik diiringi dengan lagu-lagu latar yang menarik.
       Selesai sahaja acara snamrobik,majlis diteruskan lagi dengan larian merdeka yang diketuai oleh Encik Mohd Azman Mohd Zin.Murid-murid berlari bersama mengikut track rentas desa yang saban tahun dilalui bersama.Murid-murid diberi rehat selama setengah jam sebelum mengikuti acara dewan pada pukul 11.00 pagi.Di dewan mereka telah menyaksikan tayangan kemerdekaan dan beberapa persembahan daripada murid-murid bagi memeriahkan lagi acara sambutan merdeka ini.
Senamrobik diketuai oleh Puan Norazimah

Rancak mengikuti senamrobik bersama...

Semangat semua...
Sedia...lariiiii


uihhhh mesti kena lari kuat-kuat nih!
hehhehe...penatnye..


Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 10 September 2013,tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua calon UPSR Skkk2 untuk berjuang di medan peperiksaan.hari ini merupakan hari pertama murid-murid Tahun 6 menduduki Dewan Harmoni bagi berjuang untuk menjawab soalan-soalan UPSR dengan penuh semangat.Seluruh usaha dan keringan para guru,ibubapa dan murid-murid sendiri bakal digunakan bagi menjawab soalan-soalan dan berjuang bermatian-matian agar semua calon akan memperolihi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.Kami para guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda.....Selebihnya anda semua haruslah menggunakan dan menitipkan apa yang anda pelajari di dalam peperiksaan nanti.Jangan lalai,jawablah dengan penuh keyakinan dan semaklah dahulu jawapan anda dengan seberapa teliti yang boleh.In Sya Allah...anda akan berjaya...Dunia dan Akhirat...Ameen






Bersama Tuan Guru Besar Sk Tobobon

Pusat Akses Sk Tobobon.....

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 22 Ogos 2013,Rombongan Lawatan Penanda Aras Unit ICT telah bertolak ke Kota Kinabalu untuk tujuan lawatan kerja bagi memenuhi KPI ICT Sk Kubang Kerian 2.Rombongan ini diketuai oleh Tuan Guru Besar,bagi mewakili pentadbir sekolah,penolong kanan Kokurikulum bagi mewakili Kelab Komputer di bawah Unit Kokurikulum,manakala Unit ICT diwakili oleh Penyelaras Bestari ,jurugambar diwakili oleh jurugambar sekolah,video editing diwakili oleh juruteknik komputer.
Lawatan yang julung-julung kalinya diadakan ini dirancang sejak tahun lepas,tapi memandangkan kedapatan beberapa  masalah yang tidak dapat dielakkan,maka ianya ditangguhkan pada tahun ini.
Sesi taklimat khas daripada Penolong Pengarah BTPN Sabah,Encik Salleh Linggan


En Salleh sedang mempamerkan bahan interaktif hasil kajian tindakan guru-guru Sabah

Bergambar kenangan bersama cenderahati yang diberikan oleh pihak BTPN Sabah...Terima kasih

Cenderahati drp BTPN Sabah kepada rombongan kami

Bahan Inovatif hasil daripada Kajian Tindakan guru di Sabah

Hadiah daripada pegawai BTPN Sabah En Salleh Linggan
Di Sekolah Sk Tobobon...sesi menyambut ucapan Selamat datang

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT SEMUA CALON2 UPSR SKKK2 SESI 2013...
MOGA2 ANDA SEMUA BERJAYA MEMPEROLIHI 5A..
LAKUKAN YG TERBAIK...INSYA ALLAH...ANDA BOLEH...
 — 

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.