August 2012


SK KUBANG KERIAN 2 - Tanggal 28 Ogos 2012, Kelab Komputer Skkk2 telah menganjurkan satu lawatan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Lawatan ini disertai seramai 35 orang murid diiringi oleh lapan orang guru pengiring, juruteknik komputer dan juga urusetia lawatan.

Lawatan ini bermula pada 28 Ogos 2012.  Rombongan ini akan mengakhiri sesi lawatan pada 31 Ogos 2012. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Komputer, SK Kubang Kerian 2, Chicha,Kota Bharu,Kelantan.


 Program ini telah disertai oleh para pelajar yang menjadi ahli Kelab Komputer sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, sesi 2012. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan tentang editing filem digital dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan editing dan juga pengkomputeran kepada murid serta menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui penerokaan secara kendiri. Ini merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah. 

OBJEKTIF 
1.    Memberi peluang kepada murid menimba ilmu secara tidak formal. 
2.    Memberi peluang murid meneroka bidang ilmu yang lain dan memberi peluang murid 
       berdikari. 
3.   Membina kesimbangan intelek , jasmani, emosi dan rohani semasa lawatan. 

TEMPAT LAWATAN 
MSC Malaysia Creative Content Centre (MAC3), Rythnm And Hues Sdn. Bhd,Taman Botani, Pusat Sains Negara, Institut Terjemahan Negara, Zoo Negara, Seri Perdana, serta sekitar Bandar Putrajaya dan Kuala Lumpur. 

Semoga lawatan ini akan memberikan impak yang berguna dalam dunia pengkomputeran terhadap ahli kelab dan murid-murid yang menyertai lawatan ini.Murid-murid seharusnya mengambil pengalaman yang sangat berguina dalam sesi lawatan ini dan buangkan perasaan ingin menyertai lawatan hanya semata- mata ingin bergembira dan berseronok.

Sesungguhnya lawatan sambil belajar ini dapat memberi pendedahan dalam menimba ilmu secara tidak formaldi luar bilik darjah,belajar berdikari dan seterusnya dapat memperolihi kesimbangan intelek , jasmani, emosi d rohani dan sosial menerusi lawatan sebegini.



Sedang mendengar taklimat mengenai MDEC daripada Puan Siti Hajar Alawaliah  Bt Hassan,Pegawai Eksekutif  Tallent
Asyik....Sesi taklimat dan ucapan selamat datang...
Dibawa melawat ke tempat-tempat menarik....sedang memerhati server Rythnm n Hues



Disambut secara rasmi di Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN)
Beraktiviti di ITBN...aktiviti berkumpulan yang dianjurkan oleh pihak ITBN
Sempat singgah di Zoo Negara
Tidak ketinggalan juga melawat ke Pusat Sains Negara..
 Merakam kenangan di sekitar Putrajaya....
 Senja di Putrajaya......











Selamat menyambut kedatangan 'Idul Fitri buat seluruh warga Sk Kubang Kerian 2.

Semoga segala amalan di sepanjang ramadhan diterima dan diberkati oleh Allah Azzawajalla.Sempena hari yang mulia ini,marilah sama-sama kita memohon kemaafan di atas tiap apa jua keslahan dan kesilapan yang pernah sama-sama kita lakukan samada secara sengaja atau tidak atau secara sedar atau alpa.Moga-moga ukhwah kita semua akan bertaut sebagaimana ukhwah para sahabat di zaman kegemilangan Islam semasa hayat baginda Rasulllah SAW ataupun selepas kewafatan beliau.

"SALAM 'DUL FITRI BUAT SEMUA"....MAAF ZAHIR DAN BATIN....




[ Surat Pembaca Utusan ]

SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan 'Guru' banyak terpapar di dada-dada akhbar.Pertama 'isu kerani lembap', kedua 'isu cuti khas perayaan' dan ketiga 'isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf'.

Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda.


Mungkin, seperti sebelum ini, apa jua permintaan dan perjuangan golongan pendidik ini mudah diterima kerajaan, mereka ibarat diberi betis, mahu paha pula.Untuk makluman 'Guru' berkaitan 'isu kerani lembap', saya menyarankan anda menyemak dan meneliti fail meja dan arahan-arahan kerja anda sebagai seorang yang bergelar 'Guru'.

Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Tadbir di atas lambakan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu membebankan pihak lain sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan anda. Kadangkala mereka juga muak dengan kerenah guru-guru yang mengarah itu ini dan satu lagi ayat yang dilihat anda seolah-olah mempertikai, menghina dan tidak faham kerjaya sebagai Pembantu Tadbir bahawa anda menyatakan bahawa anda adalah majikan Pembantu Tadbir.

Harus diingat, walaupun anda 'Guru', anda bukanlah majikan Pembantu Tadbir.

Hampir keseluruhan Pembantu Tadbir di segenap jabatan memiliki Diploma/Ijazah/Sarjana yang jauh lebih baik daripada anda dan tidak perlulah anda memandang rendah terhadap kerjaya mereka.

Pengalaman saya yang mempunyai ibu dan bapa saudara serta rakan-rakan yang bergelar guru, saya lihat mereka kurang mahir menggunakan komputer dan mengurus masa, tambahan pula apabila sesuatu yang urgent mula menggelabah.

Anda harus tahu kerjaya sebagai Pembantu Tadbir yang banyak menolong orang/pegawai atasan boleh membuat kerja di bawah tekanan dan cepat menyiapkan kerja melainkan dia seorang kakitangan yang malas dan tidak proaktif.

Kadangkala pegawai pun tidak cekap membuat kerja berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.

Namun, tidak salah untuk Pembantu Tadbir membantu guru-guru tersebut, tetapi apabila terlalu banyak membantu, golongan guru menganggap itu adalah tugas Pembantu Tadbir dan mereka bebas melayari internet, bersembang kosong, aktiviti jualan langsung dan sempat pula membuat kerja sampingan lain di luar waktu bekerja.

Tidak wajarlah anda menikmati gaji besar sekiranya bebanan tugas anda digalas oleh pihak yang lain pula.
Anda sebagai guru ketika ini harus mencontohi guru-guru terdahulu yang membawa balik kerja ke rumah tanpa melibatkan kakitangan yang lain walaupun mereka bergaji kecil pada masa itu.

Mengenai isu 'guru diberi cuti khas perayaan' bagi memudahkan perjalanan balik ke kampung dan mengelak guru-guru mengambil cuti sakit semata-mata ingin balik awal ke kampung, adalah cadangan tidak masuk akal.
Apakah keistimewaan anda sehingga anda perlu diberi cuti rehat khas? Inikah mentaliti seorang pendidik?
Mungkin anda kurang sensitif mengenai penjawat awam yang lain, yang juga mahu pulang ke kampung.

Kami menguruskan masa dan merancang cuti lebih awal dan ada lagi penjawat awam lain tidak pulang berhari raya dan tidak mudah untuk mengambil cuti perayaan kerana ada sistem giliran.

Saya hairan, kenapa perlu diberi cuti khas kepada golongan guru dan tidak salah kalau tidak dapat balik sehari sebelum hari raya, balik pada hari yang anda ada kelapangan.

INSAN BIASA
Gurun

Utusan Malaysia Online:  7 Ogos 2012

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.