May 2011

Skkk2,18 Mei 2011-satu Majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Dewan harmoni dengan dihadiri oleh lebih kurang 150 orang ibubapa dan 168 orang calon UPSR.majlis berjalan seperti yang dirancang.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar,En.Ismail B.Ibrahim.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar telah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh para ibubapa dalam menjayakan program yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah.
      Tuan Guru Besar turut membentangkan keputusan UBB2 yang baru saja dilalui oleh calon-calon UPSR.Beliau juga telah membentangkan program yang dirancang khas oleh Unit Kecemerlangan Akademk Skkk2,yang telah,sedang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah.
      Seterusnya,majlis dikendalikan oleh motivator tersohor,Puan Noor hayati Yaacob dari Sk.Seri Melor.dalam slot motivasi yang dikendalikan oleh Puan Nor hayati ini,menampakkan kesan yang mendalam di jiwa anak-anak dan juga para ibubapa.Slide show yang dibentangkan oleh puan Nor hayati amat menarik sekali.saya suka memetik kata-kata Puan Nor Hayati "Insan yang berjaya adalah insan biasa yang berusaha luar biasa".
       Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan Ikrar-akujanji UPSR.Murid-murid berikrar di saksikan oleh para ibubapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh demi mancapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.Sebelum menutup tirai majlis,Sesi Dialog UPSR di kelas telah diadakan di kelas-kelas Tahun 6.Di sini,ibubapa telah diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru Kelas tahun 6.Mereka telah diberi peluang untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masing-masing juga cadangan-cadangan yang membina boleh diutarakan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.Sebagai pembasah tekak dan penghilang haus,para ibubapa dan murid-murid Tahun 6 telah dijamu dengan sedikit juadah.Semoga majlis-majlis perjumpaan para ibubapa dan murid-murid tahun 6 akan dapat diteruskan lagi bagi siri-siri seterusnya dengan jayanya....
 "Bersama kita semarakkan dunia pendidikan dengan penuh keazaman,kerana dengan keazaman yg tinggi disertai dengan usaha yang gigih,dapat membantu anak-anak kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak"

                Ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 serta pembentangan keputusan UBB2 dan program UPSR 
            PK HEM,Cikgu Roslan dan Cikgu Zaini ( Kaunselor Skkk2) khusyuk mendengar ceramah...     
sesi dialog ibubapa-guru mengikut kelas tahun 6

Satu majlis Dialog UPSR Dan Motivasi Keibubapaan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah:
Tarikh:    18 Mei 2011
Masa      : 2.00 - 5.30 petang
Tempat   : Dewan Harmoni

Atucara Majlis:
2.00 - 2.30 petang - pendaftaran ibubapa murid Tahun 6
2.30 petang - Majlis bermula
                     * bacaan doa
                     * Ucapan dan taklimat Tuan Guru Besar
                     * Ucapan YDP PIBG
3.00 petang - Ceramah Motivasi
4.40 petang - Ikrar-akujanji UPSR
4.40 petang - Dialog UPSR di kelas
5.20 petang - jamuan ringan

Dijemput semua murid Tahun 6 hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.Semua guru juga dimestikan hadir.Jika ada sebarang masalah,sila rujuk Penolong Kanan Pentadbiran.Harap Maklum.

16 MEI, 2011 - Sempena Hari Guru pada hari ini ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru SKKK 2 khasnya dan semua insan yang bergelar guru walau di mana sahaja berada, dengan ucapan keramat "Terima Kasih Cikgu".....Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"...Dengan tema tersebut,maka jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa tugas dan peranan guru amat besar dalam mendidik dan sumber ilmu kepada murid-murid tak kira dalam arus pembangunan yang macammana sekalipun.Guru sentiasa menjadi transformasi ke arah pendidikan bertaraf dunia.Mudah-mudahan  tema tersebut menambahkan semagat juang di hati dan jiwa para guru di SKKK2 khasnya dan semua guru-guru di Malaysia amnya......
        Sambutan hari guru pada tahun ini,walaupub sederhana,namun ianya berjalan dengan cukup meriah.Seawal pagi,murid-murid dan guru-guru telah berkumpul di tapak perhimpunan.PK Ko dan setiausaha Ko kurikulum,Cikgu Noor Asmadi telah membahagikan guru dan murid mengikut kelompok.Guru-guru lelaki dan wanita masing-masing mengikuti acara padang mengikut pasukan yang telah ditetapkan.Permainan yang dipertandingkan pada hari ini ialah bola jaring dan sepak takraw.
        Acara dewan pula telah dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar,manakala perutusan Ketua Menteri Pelajaran pula telah disampaikan oleh Puan Penolong Kanan HEM.Acara diteruskan  lagi dengan nyanyian "Guru Malaysia" oleh semua guru Skkk2.Acatra ringkas dewan juga telah diadakan.Jam 12.30 tengah hari para guru telah menikmati juadah yang disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.Semoga dengan sambutan ini,para guru akan merasakan bahawa  jasa dan budi mereka telah dihargai."Terima Kasih Cikgu"Jasamu dikenang.....
                                 Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia...oleh Tuan Guru Besar Skkk2
                                                 
  Nyanyian Guru Malysia Skkk2
   
                                        Khusyuk mengaminkan doa
                                      Perlawanan bola jaring oleh guru-guru wanita
 
                                              Perlawanan sepak takraw oleh guru-guru lelaki
 
                                            "Boleh pandang-pandang...jangan pegang-pegang...." 
                       Setelah penat beraktiviti....sedia untuk menjamah juadah...para pentadbir Skkk2   



Tanggal 9 Mei 2011,satu program motivasi bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan di Dewan Harmoni.Program ini dianjur oleh Unit Kaunseling Skkk2 dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Akademik Skkk2.
      Antara pengisian program ini ialah: Murid-murid telah didedahkan dengan pengurusan masa dalam kehidupan seharian mereka.bagaimana mereka mengurus masa dengan bijak,antara belajar,brsukan,bermain dan sebagainya.Tahniah diucapkan kepada Guru Kaunseling Skkk1,En.Mohd Zaini B. Zakaria,Puan Nor Hasni Ismail,Puan Norhjayati Mohd Nawi,jua kepada juruteknik,En.Faizul Afzan yang sentiasa bertungkus lumus membantu tiap program yang dijalankan di Skkk2 ini.Semoga dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak akan meningkatkan modal insan di kalangan murid-murid Skkk2.
En.mohd Zaini dalam slot motivasinya....
murid-murid tahun 6 dalam sesi motivasi
beraktiviti.....

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 9 mei 2011,satu kempen "Pencegahan Denggi" telah diadakan di dewan Harmoni yang dsisertai oleh  semua murid Sk.kubang Kerian 2.Program ini telah dijayakan oleh Dr.Mohd Zahirudin B. Mohamad dari Hospital Universiti Kubang Kerian.Dalam ceramah tersebut beliau telah memberi pendedahan tentang cara-cara mengenali nyamuk pembawa denggi,simpton-simpton pengidap denggi,dan juga cara-cara mengelakkan daripada diserang penyakit ini.
   Tuan Guru Besar berharap, dengan kempen ini,akan memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru di sini supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak diserang demam denggi yang setakat ini belum dijumpai ubatnya....
slide show oleh Dr.Mohd Zahirudin...
Dr.Mohd Zahirudin...dalam sesi ceramahnya....
simpton denggi....
kawasan risiko denggi....
tiada ubat khusus!!!!

Tanggal 8 Mei 2011-satu "Program Penyerahan Anak Angkat"telah berlangsung di Dewan Harmoni Skkk2.Setiap orang guru telah diberikan 3 hingga 4 orang anak-anak angkat,bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan dua hala antara guru dengan murid-murid.Dengan cara begini,anak-anak angkat kepada guru-guru yang telah ditetapkan ini akan berpeluang untuk menyatakan masalah mereka,sama ada daripada segi pembelajaran maupun daripada segi masalah-masalah lain.semoga dengan program sebegini,murid-murid dapat ditolongi oleh guru-guru yang merupakan ibubapa angkat mereka.
PKP bersama anak-anak angkatnya...
anak angkat PK HEM
PK Ko bersama anak-anak angkatnya...
Puan Rosmaizam bersama anak2 angkatnya..
anak  angkat Pn.Zairos....

Sk.Kubang kerian 2-11.1.11,suatu tarikh dan detik istimewa telah mengejutkan seluruh warga Skkk2 dengan penerimaan memo pertukaran Guru penyelaras Bestari,En.Zuhari B.Muhamed.Beliau telah berpindah ke Sk.Mulong 2.Gembira berbaur pilu,Cg.Zuhari menerima memo tersebut.Apa tidaknya,sudah lama beliau memohon pertukaran,namun baru tahun ini permohonan beliau berjaya.Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu,terselit rasa pilu yang amat sangat.Sayu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja,para pentadbir ,murid-murid dan seluruh warga skkk2 yang sangat disayangi.Apa pun syabas dan tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ini.       Beliau telah digantikan oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud,dari Sk.Kubang Kerian 1.Puan Wan Ramlah telah melapor diri ke Skkk2 jua pada tarikh 11.1.11.Detik ini akan menjadi suatu kenangan buat ke dua-dua personal ini dan juga kepada dua buah sekolah.Selamat datang diucapkan kepada Puan Wan Ramlah.Semoga anda selesa di sini dan sama-sama bergabung tenaga dan usaha ke arah menggemilangkan dan memartabatkan Skkk2 di persada pendidikan......"Selamat menjalankan tugas di sekolah baru "kami ucapkan buat Cikgu Zuhari dan jangan lupa kami di sini.Satu pesan kami di sini buat Cikgu Zuhari:...."Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.......Bila burung kembali ke sarang,berceritalah tentang kehebatan lama punye sarang......khabarkan yang baik-baik..tutupkan yang aib-aib... :)".Terima kasih yang tidak terhingga pihak Skkk2 ucapkan di atas jasa dan bakti yang telah anda taburkan buat Skkk2,sepanjang anda berada di sini.Mohon maaf di atas segala kesilapan atau terkasar bahasa yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau alpa. Cg.zuhari sedang menerima memorandum pertukaran daripadaTuan Guru Besar GB sedang meneliti memo..... Bergambar kenangan sebelum berpisah..... Puan Wan Ramlah sedang melapor diri di Skkk2 pada tarikh:11.1.11.....selamat bertugas 

Lapor diri GPB baru pada 11.1.11

Guru Besar Skkk2 Tn Hj Che Zaudin sedang meneliti memo pertukaran setara GPB baru dan GPB lama
Cikgu Zuhari....serahan tugas

Bergambar kenangan sebelum berpisah secara rasmi....


Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 8 Mei 2011,satu Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan di Dewan Harmoni Skkk2.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,Encik Ismail B.Ibrahim.En.Ismail terlebih dahulu mengucapkan tahniah di atas pelantikan para pemimpin kecil yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged ICT,Pembimbing Rakan Sebaya,Ketua-ketua Darjah dan Penolong-penolong Ketua Darjah.Seramai 286 orang pemimpin kecil yang terlibat dalam Majlis ini.
  CIF Inspektor Azhar telah dijemput khas bagi merasmikan majlis,sekaligus menyempurnakan majlis yang serba sederhana tapi meriah ini.CIF telah menyatakan rasa bangganya terhadap anak-anak yang telah dippilih ini dan telah memmberikan motivasi serta dorongan semangat agar para pemimpin cili ini terus bertugas dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi."Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terpilih menjadi pemimpin dan terima kasih diucapkan kepada CIF Inspektor Azhar di atas kesudian menyempurnakan majlis  pada hari ini".
Tuan Guru Besar sedang memberi ucapan.
 penyerahan watikah....


ikrar...bahawasanya kami...para pemimpin SKKK2 berjanji......   
barisan pemimpin Skkk2 bersama CIF Inspektor Azhar
selamat bertugas......


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.