February 2011

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Hari ini,tanggal 27 Februari 2011_ Skkk2 telah menjadi tuan rumah bagi "Bengkel Penyediaan Data HRMIS bagi jurulatih utama PPD Kota Bharu".Kursus berjalan dalam keadaan yang lancar dan  kondusif  memandangkan ianya dihadiri oleh para juruteknik handalan PPD Kota Bharu ini.Tahniah kepada pihak penganjur kursus yang telah menjayakan bengkel ini.
para peserta dan juga pegawai yang bertugas...
sesi pendaftaran kehadiran peserta....key in dalam PC
input dari pegawai HRMIS......


Sekolahku....Satu harapan ......Satu kejayaan....
Selamat menempuh Ujian UBB 1 buat seluruh murid Skkk2.Jangan lupa ulangkaji pelajaran dan  doa kami para guru agar anda akan memperolihi kejayaan yang cemerlang.Insya Allah

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan....
Tanggal 19 Februari 2011 satu mesyuarat agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar  telah berlangsung di Dewan Harmoni Skkk2.
ucapan perasmian....
Ucapan Tuan Guru Besar....Tuan Hj.Che Zaudin b Ismail....
para pelajar cemerlang...bersama pengurus penerima hadiah....Pn.Ariza...
petugas pendaftaran kehadiran ibubapa...
mesyuarat sedang berjalan....
penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang .... 

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan.....
Kepada semua guru Skkk2 dan juga para ibubapa,diminta hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada hari dan tarikh seperti di bawah...
Tarikh       : 19 Februari 2011
Hari           :  Sabtu
Tempat      :  Dewan Harmoni Skkk2

Semoga anda tidak akan menguzurkan diri.Terima Kasih  :)

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan
Tanggal 14 Februari 2011,Penolong Pengarah ICT JPN Kelantan telah datang ke Skkk2 dalam rangka lawatan beliau bagi melihat sejauh mana perjalanan KSSR terutamanya subjek DST.Guru yang dicerap pada masa itu adalah Puan Junaidah.Puan Zuriah telah memberi penerangan yang begitu jelas sekali mengenai cara-cara menulis dalam buku rancangan mengajar,cara-cara mengajar TMK dalam DST.Puan Zuriah juga telah membuat sedikit demonstrasi atau tunjukcara bagaimana untuk mengajar dengan berkesan agar suasana P&P menjadi lebih diminati oleh murid-murid seawal Tahun 1.Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran itu,Puan Zuriah melahirkan rasa bangganya terhadap pengetahuan sedia ada murid-murid ini di mana apabila ditanya mengenai web browser,hampir separuh kelas telah dapat menjawab......Walau bagaimana pun sesi perjumpaan dengan guru-guru Tahun 1 tidak sempat diadakan lantaran bertindan dengan mesyuarat guru untuk persediaan mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada 19 Februari 2011 bersamaan dengan hari Sabtu.Puan Zuriah akan datang semula ke Skkk2 pada minggu hadapan.Guru-guru Tahun 1 diminta bersedia.
Puan Zuriah sedang membuat demonstrasi....cara mengajar DST dengan betul
  

Sekolahku....Satu harapan ......Satu kejayaan
Tanggal 13 Februari 2011,satu sesi penggambaran telah diadakan oleh Unit ICT Skkk1 untuk murid-murid Tahun 1 hingga 6.Sesi penggambaran ini diadakan mengfikut jadual yang telah ditetapkan.Dimulakan dengan Tahun 1,2 dan 3 pada hari pertama,kemudian diikuti dengan tahun-tahun seterusnya.Sesi penggambaran untuk guru-guru dan staff pula akan diadakan sebaik sahaja sesi penggambaran kelas selesai.Jadual penggambaran seterusnya akan diatur oleh pihak pengurusan ICT Skkk2.Sepanjang hari ini,murid-murid telah mengikuti sesi ini dengan jayanya di bawah seliaan guru kelas masing-masing dan juga jawatankuasa yang bertugas pada hari ini.
Setting untuk sesi penggambaran....
Ready...1,2,3  set !!!
 Sedia.....pandang depan.....k,lik!!!

Sekolahku....Satu Harapan ......Satu Kejayaan.....
Tanggal 12 Febrari 2011,satu majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 kali pertama telah diadakan di Dewan Harmoni Skkk2.Majlis ini telah dirasmi oleh wakil YDP PIBG,Yang Berusaha Dr.Imran B.Ahmad.Majlis ini bermula seawal jam 8.30 pagi sebagaimana yang telah dirancang.Dalam ucapannyanya Dr.Imran telah menyeru para ibubapa agar sama-sama memberi sokongan sama ada dalam bentuk sokongan moral,keringat dan juga jika perlu,pengorbanan dalam bentuk wang ringgit.
       Tuan Guru Besar telah memberi ucapannya dengan membentang TOV,target  mrngikut subjek,dan murid-murid target UPSR.Target pada tahu 2011 adalah 51 orang yang akan mendapat 5A dalam UPSR nanti.
       Dalam sesi dialognya Tuan Guru Besar bersama Setiausaha 2 UPSR,Puan Nor Hasni telah berkenan menjawab segala persoalan yang dikemukan,berkaitann dengan permasalahan yang timbul,cadangan-cadangan dan saranan-saranan ke arah kecemerlangan akademik Skkk2.
     Tuan Guru Besar sangat-sangat berharap agar "Majlis Skuad Peningkatan & Kecemerlangan UPSR 2011" ini akan terus menggembelingkan usaha dan tenaga,seiring dengan para ibubapa dan juga Jawatankuasa PIBG ke arah menggemilangkan akademik Skkk2.Sama-sama menyahut seruan "Sekolahku,Satu harapan,Satu Kejayaan "
Pendaftaran kehadiran para ibubapa murid Tahun 6....


Khusyuk....mendengar taklimat drp Tuan Guru Besar Skkk2 
Ucapan dari wakil YDP PIBG ....Dr.Imran......
Sesi pembentangan TOV,target 2011 dan murid-murid target....
Sesi soal-jawab ibubapa......

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.